Sabtu, 14 Januari 2012

Jangan Biarkan WAktu Berlalu Tanpa Melakukan Hal Yang Berguna




Assalamualaikum.


Orang-orang yang banyak menganggur dalam hidup ini, biasanya akan menjadi penyebar desas-desus dan khabar angin yang tidak mendatangkan manfaat. Hal itu kerana akal fikiran mereka selalu melayang-layang tidak tahu arah. Dan firman Allah s.w.t.:


"Mereka suka tinggal bersama-sama orang yang ditinggalkan (kerana uzur)."  (Surah At-Taubah:87)


Keadaan yang paling berbahaya bagi akal adalah manakala tuan punyanya menganggur dan tidak berbuat apa-apa. Orang seperti itu, tidak ubah seperti kereta yang berjalan laju tanpa pemandu; akan mudah oleng ke kanan dan ke kiri.


Jika pada suatu hari anda mendapati diri anda menganggur tanpa kegiatan, bersiaplah untuk bersedih hati, susah hati dan cemas, kerana dalam keadaan kosong itulah fikiran anda akan menerawang ke mana-mana; dari mengingat kegelapan masa lalu, menyesali kesialan masa kini, hingga mencemaskan masa depan yang belum tentu anda alami. Dan ia membuat akal fikiran anda tidak terkawal dan mudah lepas kawalan.


Justeru itu, saya nasihatkan kepada anda dan diriku bahawa mengejarkan amalan-amalan yang mendatangkan manfaat adalah lebih baik daripada berlama-lama dalam kekosongan yang membinasakan. Pendek kata, membiarkan diri dalam kekosongan itu sama halnya dengan bunuh diri dan merosak tubuh dengan dadah.


Waktu kosong itu tidak ubah seperti seksaan halus ala penjara Cina; meletakkan si penjenayah di bawah paip air yang hanya dapat menitiskan air satu titis setiap minit selama bertahun-tahun. Dan dalam masa penantian yang panjang itulah, biasanya seorang napi akan menjadi tertekan dan gila.


Berhenti dari kesibukan itu kelengahan dan waktu kosong adalah pencuri yang jahat. Berkenaan dengan akal anda, sudah tentu merupakan mangsa empuk yang siap dikoyak-koyak oleh ganasnya terkaman kedua-dua hal tadi; kelengahan dan si "pencuri".




Kerana itu bangkitlah sekarang juga; kerjakan sembahyang, baca buku, bertasbih, mengkaji, menulis, mengemaskan meja kerja, mengemaskan bilik, atau berbuatlah sesuatu yang mendatangkan manfaat bagi orang lain untuk menghalau kekosongan itu. Sebab aku ingin mengingatkan anda supaya tidak berhenti sebentar  pun dari melakukan sesuatu yang mendatngkan manfaat.


Bunuhlah setiap waktu kosong dengan kesibukan. Dengan cara itu, doktor-doktor dunia akan berani menjamin bahawa anda sudah mencapai 50% dari kebahagiaan. Lihatlah para petani, nelayan dan para buruh bangunan; mereka dengan riang mendendangkan lagu-lagu seperti burung-burung di alam bebas. Mereka tidak seperti anda yang tidur di atas tilam empuk, tetapi sentiasa gelisah dan menyeka air mata kesedihan.

Wassalam.

0 pesanan buat saya :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...