Jumaat, 6 Januari 2012

Menghadapi Tekanan.



Assalamualaikum...

hari ini, ana nak share sikit mengenai apa yang ana dah baca...
hehe..sumber..?? again. majalah solusi. lambat betol ana habis baca majalah ni. huahua..sehari baca 2 3 artikel je kot...padahal....banyak kot artikel yang ada... tapi ana just ambil share yang pendek dah la.. tak larat la nak mengarang panjang-panjang...kome baca la sendiri..kan senang..ye tak..


orait..mari kita mulakan..





kawan-kawan..bagaimana kita hadapi tekanan aka stres dalam kehidupan kita..??
apa yang kita lakukan ye..?? hmm..(tarik nafas dalam-dalam jap.)

hmm...di sini ana nak list 5 cara bagaimana Islam mengajar apabila menghdapi tekanan. bagaimana ye kawan-kawan..?? caranya ialah...keimanan, tadabbur, zikir, berimaginasi dan doa. ok. mari kita kupas satu persatu ye...



1. Keimanan.




Kembali kepada Allahmelalui ibadah-ibadah fardu dan sunat yang lain. Pasakkan dalam diri akan keyakinan bahawa Allah memberikan jalan keluar pada hamba-Nya yang meminta dan mengharap. Konsistenkan amalan supaya bukan sekadar dibuat apabila menghadapu masalah.


2. Tadabbur.





Benar, kita tidak ada daya untuk melihat Allah, tetapi kita mempunyai bukti-bukti kebesaran Allah. Lihatlah alam yang terbentang luas. Memikirkan betapa Penyayangnya Allah apabila makhluk di dalam batu juga boleh hidup, inikan manusia sebagai khalifah yang menadah tangan dan memohom bantuan-Nya.


3. Zikir.




Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "(Iaitu) orang yang berimandan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah hati akan menjadi tenang." (Surah al-Ra'd 13:28)


4. Berimaginasi.




Bayangkan keadaan syurga yang cukup indah. Ada sungai arak dan susu yang mengalir, dilayan dengan bidadari yang cantik, tiada sedih, dan buruk sangka. Semuanya menggambarkan ketenangan. Fikirkan, layakkah kita menjejaki ke sana? Syurga bolah menjadi motivasi supaya lebih kuat untuk menghadapi tekanan hidup.


5. Doa.




Beza antara orang Mukmin dan yang lain adalah senjata mereka yang dikenali sebagai doa. Doa penguat hubungan antara manusia dengan Allah. Allah s.w.t.berfirman yang bermaksud: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." (Surah al-Mu'min 40:60)



Wassalam.


0 pesanan buat saya :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...