Apakah settings yang sepatutnya tidak ada dalam sesebuah blog.?
Atau dalam kata lain, setting tersebut sepatutnya tidak diperlukan oleh pemilik blog untuk diaplikasikan pada blognya.
Untuk kali ini, aku akan cuba bagi sedikit tips berkenaan apakah setting yang sepatutnya tidak ada dalam blog. Semestinya tips yang aku tunjukan ini bagi sesiapa yang menggunakan platform blogger.com. Kerana semua tips² ini terkandung dalam akaun blogger (log in > dashboard > setting)
Atau dalam kata lain, setting tersebut sepatutnya tidak diperlukan oleh pemilik blog untuk diaplikasikan pada blognya.
Untuk kali ini, aku akan cuba bagi sedikit tips berkenaan apakah setting yang sepatutnya tidak ada dalam blog. Semestinya tips yang aku tunjukan ini bagi sesiapa yang menggunakan platform blogger.com. Kerana semua tips² ini terkandung dalam akaun blogger (log in > dashboard > setting)
Untuk part 1 ini, aku tunjukkan 2 dahulu setting yang aku rasa paling penting.
Sebenarnya aku hendak buat dalam satu post sahaja, tetapi memandangkan aku buat ulasan juga, bimbang takut entri terlalu panjang nanti. So, aku buat part 1 ini dahulu.
Berikut setting yang aku rasakan tidak perlu dalam blog..
1. Word Verification For Comment.
Ini adalah perkara yang paling penting untuk diketahui oleh pemilik blog. Untuk default, setting ini didatangkan dalam keadaan "Show word verification.?--> YES".
Perkara ini sebenarnya untuk mengelakkan spam. Tetapi dalam keadaan sekarang, kehadiran word verification adalah MENYUSAHKAN kepada pengunjung2 yang ingin menghantar komen.
Perkara ini banyak tidak disedari oleh pemilik blog kerana pemilik blog tidak perlu isi word verification. So, ramai yang terlepas pandang perkara ini dengan beranggapan blognya sudah tidak ada word verification, sedangkan setting masih lagi dalam keadaan YES dan word verification ini perlu diisi oleh pengunjung.
Oleh itu, jika anda pemilik blog, sila pastikan blog anda telah disablekan fungsi ini untuk memudahkan pengunjung anda menghantar komen.:)
(Setting > Comments > Show word verification for comments? - NO)
2. Comment Moderation.
Comment moderation adalah setting kedua yang aku rasakan tidak perlu bagi sesebuah blog. Ini kerana, dalam keadaan 'biasa' anda tidak perlu baca dahulu komen untuk diapprovekan. Biarkan pengunjung post dahulu komen, dan kalau anda hendak balas boleh balas kemudian. Kerana ada pengunjung yang suka kalau apa yang dikomen olehnya terus muncul.
Kadang tu, aku terpikir juga. Adakah pemilik blog ini bimbang ada komen negatif seperti "blog ko tak cantik la", "ko punya entri tak best la", dan lain2. Kalau ini yang dibimbangkan, aku rasa agak tidak wajar. Kerana sebagai pemilik blog, kena ada persiapan untuk menghadapi perkara-perkara 'kurang menarik' bagi blognya.
Walau bagaimanapun, aku faham juga ada sesetengah blog yang mempunyai musuh sendiri. dan kebanyakan blog yang mempunyai musuh sendiri ini adalah blog perempuan. Percaya atau tidak.?..(perkara ni mungkin aku akan ulas kemudian.:). Kalau dalam keadaan seperti ini aku no komenlah kalau di enablekan comment moderation.
Tetapi jika blog anda berjalan seperti biasa, tiada masalah apa-apa, baik anda disablekan sahaja comment moderation.Biarkan komen itu keluar terus.
Sedikit sumber inspirasi, cuma korang tengok blog-blog mereka-mereka yang 'power' dan 'otai' dalam dunia blogging ini, ada mereka perlukan comment moderation.? Tidak perlu..
Cara untuk disablekan pun mudah sahaja.:)
(Settings > comments > Comment moderation --> NEVER)
Setakat itu dahulu untuk tips untuk part 1 bagi setting yang tidak diperlukan bagi sesebuah blog. Walaupun hanya 2 je isi kandungannya, tetapi boleh tahan panjang juga aku menaip. nasib baik buat part 1 dan part 2.Kalau aku buat satu entri, jenuh korang membaca nanti.:) Untuk part 2, nanti aku akan buat entri baru.
Tips2 ini adalah berdasarkan pandangan peribadi aku yang aku alami dan untuk kemudahan bersama. Pemilik blog berhak sepenuhnya untuk menentukan apa yang perlu dan apa yang tidak perlu. Aku cuma beri tips berdasarkan pengalaman untuk kemudahan semua.:)
Happy Blogging..:)
p/s: link
0 pesanan buat saya :):
Catat Ulasan