Jumaat, 13 Januari 2012

Berbuat Baik Dapat Menyejukkan Jiwa



Assalamualaikum.

Kebaikan itu sebaik namanya, keramahan seramah wujudnya dan keikhlasan itu sesuci rupanya. Dan orang-orang yang mula-mula akan dapat merasa manfaat dari semua itu adalah mereka yang melakukannya. Mereka ini, akan merasa hasilnya serta-merta dalam jiwa, akhlak dan nurani mereka, hingga mereka pun sentiasa berlapangdada, tenang, tenteram dan damai.


Ketika anda diliputi kesedihan dan kebimbangan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia, nescaya anda akan mendapat ketenteraman dab kedamaian hati. Sedekahilah orang yang papa, tolonglah orang-orang yang dizalimi, ringankan beban orang yang menderita, berilah makan orang yang kelaparan, jenguklah orang yang dizalimi, ringankan beban orang yang menderita, berikanlah makan orang yang kelaparan, jenguklah orang yang sakit dan bantulah orang yang ditimpa musibah, nescaya anda akan merasa bahagia dalam semua aspek hidup anda.


Perbuatan baik itu bagai wewangian yang tidak hanya mendatangkan manfaat bagi pemakainya, tetapi juga orang-orang yang berada di sekelilingnya. Dan manfaat kejiwaan dari kebaikan itu terasa seperti ubat-ubat berkesan yang tersedia di farmasi orang-orang yang berhati baik dan bersih.


Menebar senyum manis kepada orang-orang yang "miskin akhlak" merupakan sedekah jariyah.Ini tersirat dalam bimbingan akhlak yang menyebut: "...sekalipunengkau hanya menemui saudaramu dengan wajah berseri." (Hadis Nabi)


Sedang kemuraman wajah merupakan tanda permusuhan sengit terhadap orang lain yang hanya diketahui berlakunya oleh Yang Maha Ghaib.


Seteguk air yang diberikan seorang pelacur kepada seekor anjing yang kehausan dapat menghasilkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Ini merupakan bukti bahawa Yang Pemberi pahala adalah Zat Yang Maha Pemaaf, Maha Baik dan sangat mencintai kebaikan, serta Maha Kaya lagi Maha Terpuji.


Wahai orng-orang yang merasa terancam dengan himpitan kesengsaraan, kecemasan dan kebimbangan hidup, kunjungilah taman-taman kebaikan ; sibukkanlah diri kamu dengan memberi, mengunjungi, membantu, menolong dan meringankan beban sesama manusia. Dengan semua itu, nescaya kamu akan mendapat kebahagiaan dalam semua aspeknya; rasa, warna dan juga hakikatnya.


"Sedang ia tidak menanggung budi sesiapa pun, yang patut dibalas, hanyalah mengharap keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diarapkannya)." (Surah Al-Lail:19-21)


"Perbuatan yang baik itu bagai wewangian yang bukan sahaja menggembirakan pemakainya tetapi orang-orang yang berada di sekelilingnya juga."



1 pesanan buat saya :):

H.K.L berkata...

ye, lagipun senyum itu sedekah~

salam perkenalan ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...