Assalamualaikum.
hmmm...permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2012/2013 dah dibuka.
haish..still....ana tak tahu nak pilih ape lagi...
hmmm...ok..ni perkara penting yang perlu dititikberatkan..
korang bley terus baca entry ini...or terus ke link ini untuk mengetahui dengan lebih jelas dan tepat.
ok,fine.
Sebelum Mengemukakan Permohonan.
- Pastikan anda telah ada Unik ID [SLIP BSN]
- Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera dalam Borang Permohonan. [Panduan Mengisi Borang Permohonan]
- Pastikan anda membaca setiap manual pengguna bagi pengisian borang permohonan. [Manual Pengguna]
- Sila kenalpasti kategori anda.
- Sila kenalpasti program pengajian yang bakal anda pilih. [Klik Di Sini]
Semasa Mengemukakan Permohonan.
- Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di borang permohonan anda.
- Pastikan anda mengisi mengisi semua ruangan wajib yang bertanda (*).
- Anda wajib memasukkan salah satu maklumat bagi ruangan yang bertanda (**).
- Pastikan anda membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda.
- Pastikan anda menekan butang (Sah dan Hantar) bagi menghantar borang permohonan.
- Pastikan anda mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat sampai diterima oleh sistem.
Selepas Mengemukakan Permohonan.
- Pastikan anda membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman Semakan bagi memastikan anda telah berjaya mengemukakan permohonan.
- Kemaskini Borang Permohonan jika perlu.
- Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda dilaman Semakan sebagai bukti permohonan.
Wassalam.
1 pesanan buat saya :):
saya tunggu lepas dapat result SPM baru isi fasa ke 2,, senang sikit nak pilih berdasarkan result,, :D
Catat Ulasan